LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini bergelar Datuk Seri selepas dikurniakan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama, Tun Dato’ Seri Utama Ramli Ngah Talib pada Rabu.
Chong Wei menerima pingat berkenaan pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-84 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.
Menurut posting di media sosial, Chong Wei yang menenangi dua pingat perak Sukan Olimpik menyatakan penghargaan buat semua yang menyokongnya.





