Sukan

Impian emas Aaron Chia-Wooi Yik ‘terkubur’ di tangan pasangan beregu China

HASRAT beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Wooi Yik, untuk mara ke final Sukan Olimpik Paris terpaksa dilupakan selepas mereka tewas kepada pasangan beregu dari China dengan keputusan 19-21, 21-15, 17-21 pada Jumaat.

Aaron-Wooi Yik yang menunjukkan prestasi cemerlang ketika menewaskan pemenang pingat emas Sukan Asia, terpaksa akur tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dalam aksi separuh akhir.

Itu adalah pertemuan kedua mereka dalam tempoh kurang seminggu selepas bertanding dalam peringkat kumpulan A, di mana pasangan nombor satu dunia tersebut menang dengan skor 24-22, 21-14.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh