Sukan

Ikut jejak bintang Selangor, 3 lagi import termasuk Jordi Amat berpeluang ke Piala Dunia 2026

SEJARAH baharu tercipta dalam arena bola sepak Asia selepas dua negara iaitu Jordan dan Uzbekistan mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Pencapaian tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan tersebut bersaing dalam kejohanan ulung itu buat kali pertama dalam sejarah dengan ia pasti membuatkannya lebih menarik untuk ditonton.

Perasaan itu turut dirasakan peminat bola sepak tempatan kerana dua negara tersebut dibarisi pemain yang pernah beraksi di Liga Super, iaitu Noor al-Rawabdeh, Yazan Al Arab, Muhammad Abualnadi dan Ali Olwan buat Jordan sementara Umarbek Eshmurodov merupakan tonggak Uzbekistan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%