NAMA Ibrahim Manusi menjadi tumpuan terutamanya selepas persembahan baiknya untuk Sri Pahang FC pada perlawanan akhir Piala Malaysia.
Walaupun tumpas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), namun persembahan Ibrahim mendapat perhatian hingga dia diberikan jolokan Patrick Vieira versi Liga Super.
Usai perlawanan tersebut, Ibrahim menjadi perhatian dengan dia dikaitkan dengan tiga kelab bagi musim depan.






