Sukan

Hukuman FIFA: AFC cuma fokus 7 bintang warisan layak atau tidak beraksi bersama Harimau Malaya

SETIAUSAHA Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John memaklumkan bahawa pihaknya hanya menfokuskan kepada kelayakan tujuh pemain warisan negara yang digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk beraksi bersama Harimau Malaya ataupun tidak.

Memetik laporan Flash Sukan, AFC menanti keputusan daripada FIFA yang dijangka keluar pada Khamis selepas rayuan dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Di pihak AFC, tindakan yang akan dilakukan oleh mereka terhadap FAM adalah hanya berkaitan kelayakan tujuh pemain tersebut untuk bermain dengan skuad kebangsaan dan bukannya perkara lain.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh