PASUKAN Asean All-Stars yang akan berdepan Manchester United dalam saingan Maybank Challenge Cup di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 28 Mei ini, menampilkan barisan pemain mantap termasuk lima pemain tempatan dari Malaysia.
Sebagai tuan rumah bagi acara terbesar tahun ini, Malaysia menjadi tumpuan utama apabila pemain-pemain kebangsaan bakal berjuang bersama bintang-bintang serantau dan antarabangsa di pentas berprestij tersebut.
Antara pemain tempatan yang terpilih ialah penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli dan pertahanan kanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad.






