PENJAGA gol Perak FC, Haziq Nadzli menganggap pencalonannya dalam kategori penjaga gol terbaik bagi Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim 2024/2025 adalah penghargaan kepada kariernya.
Sudah sembilan tahun dalam bola sepak Malaysia, Haziq mengakui dirinya berasa bangga apabila berjaya mendapat pencalonan tersebut selepas mengharungi musim yang baik bersama-sama Perak.
Haziq bakal bersaing dengan dua lagi calon iaitu Syihan Hazmi (Johor Darul Ta’zim) dan Kalamullah Al-Hafiz (Selangor FC).