BEK tengah pasukan kebangsaan, Harith Haiqal Adam Afkar menyifatkan keberkatan Ramadan memberinya peluang untuk tersenarai dalam skuad 25 pemain terakhir untuk kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027 menentang Oman dalam Kumpulan D pada 21 Mac di Muscat dan 26 Mac di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Pasukan kendalian Kim Pan-gon itu sudah sampai di bumi Muscat pada Ahad dan kini sedang menyesuaikan diri dengan suasana dan cuaca di negara Asia Barat itu sebelum aksi penting menentang pasukan tuan rumah.
Harimau Malaya memperoleh enam mata daripada dua perlawanan (menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dan Taiwan 1-0), manakala Oman di tempat kedua dengan satu kemenangan dan merekodkan satu kekalahan.







