JERSI dipakai Lionel Messi ketika memenangi final Piala Dunia antara koleksi jersi Argentina miliknya yang akan dilelong dan dijangka akan memecahkan rekod jualan melebihi 8 juta pound (RM46.53 juta).
Enam jersi itu adalah daripada Piala Dunia 2022 di Qatar yang menyaksikan Argentina menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti untuk menjulang trofi berkenaan.
Ia bakal dilelong oleh Sotheby’s di New York, dengan sebahagian hasil lelongan akan disumbangkan ke badan kebajikan.





