WALAUPUN Zinedine Zidane pernah menolak menjadi ketua jurulatih Manchester United namun legenda bola sepak Perancis itu masih menjadi pilihan pihak pengurusan skuad The Red Devils bagi menggantikan Eric ten Hag.
Harapan sama ada pemegang saham terbesar Man United, Sir Jim Ratcliff berhasil memujuk Zidane bergantung kepada keputusan bekas pemain Real Madrid berkenaan sama ada sudah mengubah fikirannya untuk bekerja di England.
Jurulatih berusia 52 tahun itu tidak mengendalikan mana-mana pasukan sejak meninggalkan Real Madrid buat kali kedua pada 2021, dan laporan mengaitkannya dengan jawatan di United sudah wujud sejak itu.






