PELEDAK berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva dicanang sebagai penyerang terbaru Harimau Malaya selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyebut namanya akan melalui proses naturalisasi dalam masa terdekat.
Memetik laporan Stadium Astro, pemain kelahiran Brazil itu bakal menjadi sebahagian daripada projek penstrukturan terbaru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memastikan skuad kebangsaan kembali lebih hebat.
Sehingga kini, pemain berusia 33 tahun itu sudahpun menjaringkan 134 gol dalam 124 penampilan bersama Harimau Selatan setakat ini.