Sukan

Hanya tewas satu mata, Malaysia rangkul naib juara Dunia WCGC 2025 di Shanghai

PASUKAN Malaysia terus mencipta sejarah dalam arena golf korporat antarabangsa apabila muncul naib johan di World Corporate Golf Challenge (WCGC) World Final 2025 yang berlangsung di Dongzhuang Beach Golf Club, Shanghai bermula 19 hingga 23 Oktober lalu.

Edisi ke-32 kejohanan berprestij itu menghimpunkan pasukan-pasukan korporat dari seluruh dunia dan menjadi platform penting yang menggabungkan semangat kesukanan, jaringan perniagaan global serta pertukaran budaya.

Pasukan Malaysia yang diwakili oleh Isyraf Widad Muhammad Ikmal Opat dan Muhammad Adib Ibrahim dari Widad Skycore (M) Sdn Bhd menampilkan prestasi luar biasa sepanjang kejohanan tersebut.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh