PASUKAN kebangsaan Timor Leste tidak mempunyai padang bola dan terpaksa berlatih di pantai sehingga merencatkan rentak perlawanan mereka ketika aksi sebenar.
Akibatnya, skuad Crocodiles dibelasah 0-11 oleh Thailand dalam perlawanan pertama Kumpulan A dalam Piala Asean 2024 (Piala AFF) di Stadium Hang Day, Hanoi di Vietnam pada Ahad.
Pasukan berkenaan boleh menjangkakan satu lagi kekalahan apabila berdepan tuan rumah, Malaysia di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.