JENDELA perpindahan kali ini kurang menyaksikan perpindahan pemain tempatan apabila kelab-kelab lebih berminat untuk membawa masuk import baharu.
Bagaimanapun, masih terdapat beberapa pasukan yang cenderung untuk merekrut bakat tempatan kerana risau pengambilan terlalu ramai pemain luar akan menyebabkan kerugian.
Antara kelab yang menyedari perkara itu ialah Kelantan Darul Naim (KDN) FC yang sudah membawa masuk tiga bintang tanah air sejak pembukaan jendela perpindahan kedua Liga Super.







