Sukan

Hantaran ‘no look’ Wan Zack disia-siakan import Brazil bikin aksi Perak-KL City sendu lepas 45 minit

SKUAD The Bos Gaurus (TBG) akhirnya dapat melakar senyuman di laman sendiri apabila merekodkan kemenangan pertama ketika menerima kunjungan Kuala Lumpur (KL) City FC pada Sabtu.

Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Perak FC tidak menunggu lama selepas 45 minit kedua bermula dengan asakan demi asakan terus dibuat ke arah gawang pasukan pelawat.

Usaha itu akhirnya membuahkan hasil selepas penyerang kelahiran Serbia, Luka Milunovic menjaringkan gol menerusi penyudah tenang yang menewaskan penjaga gol skuad Warga Kota, Azri Ghani.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh