Sukan

Hannah optimis Pearly-Thinaah tiada masalah, boleh ‘handle’ jika ada perselisihan faham

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh percaya pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah mampu menangani apa jua isu yang timbul sekiranya berlaku perselisihan faham antara mereka.

Hannah berkata, sebagai pemain badminton berpengalaman yang turut berada dalam program Road to Gold (RTG), pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu pastinya mampu mengatasi sebarang cabaran.

“Saya belum mengikuti apa-apa laporan mengenai mereka. Saya rasa tiada masalah buat mereka, kerana bukan pemain badminton yang baharu, mereka dah lama bergandingan,” katanya semasa Sambutan Deepavali dan Malam Kebudayaan Parlimen Segambut di Kuala Lumpur pada Ahad.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.