PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pelantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin sebagai Presiden Kehormat badan induk bola sepak negara itu.
Dalam sidang media yang diadakan di sebuah hotel sekitar Subang, Selangor pada Isnin, Presiden FAM, Datuk Joehari Mohd Ayub berkata, kredibiliti bekas presiden badan induk itu diperlukan bagi membantu organisasi berkenaan.
“Kita perlukan hubungan Tan Sri dengan AFC, badan kerajaan dan swasta. Jadi, kita ambil kira perkara itu dan mengambil keputusan melantik Tan Sri sebagai Presiden Kehormat,” katanya.






