KEJOHANAN golf Terbuka Malaysia kembali semula selepas tiga tahun terhenti akibat pandemik COVID-19, dengan edisi 2024 dijadualkan di bawah Jelajah Asia dari 15 hingga 18 Feb di Mines Resort and Golf Club.
Bagi menarik lebih ramai pemain golf terkemuka, pihak penganjur cuba menjadikan acara bernilai AS$1 juta itu (kira-kira RM4.6 juta) sebagai salah satu kejohanan kelayakan untuk kejohanan British Open (The Open) 2024 yang berprestij.
Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, pihaknya telah membuat permohonan kepada penganjur The Open, Royal & Ancient (R&A) Golf Club of St Andrews di United Kingdom bagi mendapatkan status kelayakan itu.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





