SKUAD Gergasi Merah memulakan aksi dengan langkah kanan di Stadium MBPJ, Selangor apabila memperoleh jaringan pembukaan dalam pertembungan Liga Juara-Juara AFC (ACL)2 menentang Cebu FC.
Gol pemain tengah, Yohandry Orozco yang merembat masuk umpanan Ali Olwan menyaksikan tuan rumah berada di depan selepas beberapa percubaan dilakukan ke arah benteng pasukan Filipina itu.
Usaha yang membuahkan hasil tersebut sudah tentu membawa kelegaan buat pengendali, Nidzam Jamil apabila anak-anak buahnya mengawal permainan dengan beberapa hantaran pendek dilakukan.





