Sukan

Gementar jumpa Vietnam dan Laos di Sukan SEA, Nafuzi Zain mahu mula kumpul pemain akhir November

SELEPAS gagal mara ke Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) 2026, skuad bola sepak Malaysia kini berazam menebus kekecewaan itu pada Sukan SEA Thailand yang bakal berlangsung pada Disember ini.

Ketua jurulatih Harimau Muda, Nafuzi Zain mengakui laluan mereka bukan mudah meskipun undian kali ini dianggap seimbang. Malaysia tetap perlu berdepan dua pasukan kuat dalam Kumpulan B, iaitu Vietnam (juara dua kali) serta Laos.

Laos khususnya tidak boleh dipandang ringan kerana dijangka menurunkan beberapa pemain dari skuad senior mereka yang baru-baru ini beraksi dalam Kelayakan Piala Asia 2027.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh