BINTANG Arsenal, Oleksandr Zinchenko memutuskan untuk menyekat profil Instagramnya dan meletakkan tetapan privasi selepas menjadi sasaran warga maya gara-gara satu hantaran yang dibuat mengenai Israel.
Warga Ukraine itu menyertai berjuta-juta pengguna dalam talian di seluruh dunia menghantar mesej sokongan kepada Israel, dengan menulis ‘Saya bersama Israel’ pada hantaran menerusi Instagram Story.
Susulan hantaran tersebut, Zinchenko diserang bertubi-tubi oleh warga maya.