PEMERGIAN Datuk Ong Kim Swee dari Sabah FC tidak memberi kesan mendalam terhadap kelab kerana mereka masih berada dalam tahap terbaik dengan tiga kemenangan berturut-turut dicatatkan.
Ini termasuk kemenangan dalam Derby Borneo ke atas Kuching City FC dalam Liga Super yang meletakkan pasukan itu di tangga kedua sebelum kembali dipintas Selangor FC.
Rentetan keputusan positif terbabit membawa kelegaan buat penyokong skuad Sang Badak kerana pada awalnya, posisi ketua jurulatih diisi Alto Linus yang bergelut sepanjang mengendalikan skuad Piala MFL kelab.