KELANTAN The Real Warriors (Kelantan TRW) menunjukkan kekuatan di laman sendiri selepas mengatasi Kuala Lumpul City FC (KL City) 3-1 dalam aksi pertama pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Isnin.
Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 hasil jaringan ketua pasukan, Ifedayo Olusegun pada minit kelima, sebelum meletakkan pasukan tersebut selesa di depan apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-17.
Skuad kendalian E. Elavarasan melebarkan kedudukan selepas penyerang tempatan, Sean Selvaraj meledak gol ketiga pada minit ke-65, sebelum KL City memperoleh gol sagu hati menerusi Syamer Kutty Abba pada minit ke-86.





