Sukan

‘Financial Fair Play’ bagus untuk Liga M dengan syarat jangan prejudis pendapatan kelab lain — Pakar

PEMILIK Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sekali lagi mencadangkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk mengimplementasikan peraturan ‘Financial Fair Play’ (FFP) di negara ini tahun depan.

Selain cadangan pengurusan kewangan yang adil itu, yang pernah disarankan beberapa tahun lalu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) juga menyarankan supaya FAM dan MFL mengutamakan pembangunan bakat akar umbi pasukan bola sepak di negara ini.

Di Eropah, FFP mula diwujudkan pada musim 2011/2012 selepas banyak pasukan di benua itu mula berdepan masalah kewangan sejak 2009 yang mana lebih 655 kelab mengalami kerugian berbanding tahun sebelumnya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.