Sukan

Final Piala FA: Legenda harap kedua-dua fans berbaik, tak perlu sambung lawan luar padang

PERTEMUAN antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Selangor FC sering panas setiap kali ia diadakan. Malah, ‘perang’ antara penyokong kedua-dua kelab di media sosial sentiasa hangat dan kadang kala kelihatan keterlaluan.

Menjelang pertemuan kedua-dua kelab dalam perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Legenda pemain JDT dan Selangor, Rizal Sukiman serta Nasriq Baharom berharap penyokong Harimau Selatan dan Gergasi Merah boleh menemui jalan damai.

Memetik laporan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), mereka berharap agar perlawanan tersebut dapat membantu membaiki hubungan antara kedua-dua kelab yang sering dilihat tegang.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.