Sukan

FIFA dilapor gantung TFC, mungkin ada kaitan tunggakan gaji Ivan Mamut

TERENGGANU FC (TFC) berdepan tamparan hebat apabila dikatakan digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas tersebar satu tangkap layar memaparkan status semasa kelab Pantai Timur berkenaan.

Menerusi hantaran dikongsi laman penyokong skuad Sang Penyu iaitu Terengganu 11 pada Isnin memaparkan tarikh penggantungan Terengganu bermula 14 April 2025. Namun, belum ada sebarang penjelasan kelab berhubung dakwaan itu setakat ini.  

Penyokong mendakwa penggantungan itu berlaku mungkin disebabkan pendedahan oleh penyerang import Terengganu, Ivan Mamut yang mendakwa tidak dibayar gaji sebanyak sembilan bulan meskipun tidak menyebut secara langsung mengaitkan kelab berkenaan. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.