SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan A, Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) selepas menewaskan wakil China, Chengdu Rongcheng 2-0 di Stadium Phoenix Hill, Chengdu pada Selasa.
Kemenangan penting itu disumbangkan menerusi jaringan Oscar Arribas seawal minit kelima dan satu lagi gol oleh Nacho Mendez pada minit ke-62, memastikan tiga mata penuh buat Harimau Selatan.
Dengan keputusan itu, anak buah Xisco Munoz kini mengumpul empat mata selepas tiga perlawanan dan menduduki tangga kelima kumpulan.





