PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui terkejut mendengar penyokong Liverpool menggesa agar dia dipecat semasa kekalahan 0-2 di Anfield, England pada Isnin.
Skuad bimbingan Arne Slot menewaskan juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu dan melebarkan jurang ke atas skuad The Citizens yang tergelincir ke tangga kelima kepada 11 mata hasil jaringan Cody Gakpo dan Mohamed Salah.
Selepas sepakan penalti Salah pada minit ke-78 yang mengesahkan keputusan berpihak kepada pasukan tuan rumah berkenaan, penyokong Liverpool melaungkan ‘anda akan dipecat di sebelah pagi’.





