DEBARAN menjelang keputusan FIFA berhubung keputusan rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin terasa dengan penyokong terus mengharapkan berita baik buat semua yang terlibat.
Ini termasuk peminat Velez Sarsfield yang mengharapkan bintangnya, Imanol Machuca segera terlepas dari hukuman dengan harapan tersebut disuarakan menerusi laman Instagram Sabado Velez.
“Khamis lalu, rundingan berlangsung yang mana pihak guaman mewakili Machuca memfailkan hujah mereka terhadap FIFA. Keputusan akhir berhubung rayuan dijangka dikeluarkan antara Isnin ke Selasa minggu depan.






