KEMENANGAN besar 5-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas pasukan kelab Liga A1 Semi-Pro, Malaysia University Football Team (MUN) dalam aksi suku akhir pertama Piala FA pada Sabtu lalu memberi bekalan selesa buat Harimau Selatan dalam pusingan kedua nanti.
JDT meraih kemenangan menerusi jaringan gol dari Corbin Ong pada separuh masa pertama, Francisco Geraldes (minit-48, 61), Shahrul Saad (minit-70) dan Romel Morales pada minit ke-80.
Perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri itu menyaksikan Hector Bidoglio menurunkan pemain simpanan mereka seperti Safiq Rahim, Nazmi Faiz, Ramadhan Saifullah dan tonggak naturalisasi, Mohamadou Sumareh sebagai kesebelasan utama.