Sukan

Fandi tuntut Sri Pahang kikis imej pakar seri untuk satu perlawanan Ahad ini

Bola Pegun kembali menemui pembaca. Kolum ini, sesuai dengan namanya mengenai situasi bola mati yang penting dalam memburu jaringan, akan cuba berkongsi sorotan mengenai suka-duka jurulatih, pemain mahupun pasukan mengejar kejayaan dalam saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

“NAMA pun Sri Pahang…,” kata Fandi Ahmad berseloroh mengenai pasukan kendaliannya yang diberi julukan pakar seri musim ini.

Selepas mengharungi 16 perlawanan liga, skuad Tok Gajah itu berkesudahan seri dalam tujuh daripadanya yang membawa kerugian yang bukan sedikit daripada segi pungutan mata — mengatasi keseluruhan enam keputusan seri sepanjang musim lalu apabila Sri Pahang FC menduduki tangga kelima dalam carta liga.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh