KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menganggap kekuatan dari segi penyokong membantu menarik lebih ramai penaja selepas pasukan itu menerima penajaan dari syarikat automatif ternama, Hyundai.
Malah, dalam majlis menandatangani memorendum bersama syarikat berkenaan pada Jumaat, dia menganggap kelab-kelab tempatan lain mempunyai peluang dalam menarik lebih ramai penaja.
“Saya percaya apabila pasukan melancarkan inisiatif bersama penyokong, kepercayaan itu akan bertambah. Saya juga percaya pasukan seperti Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC dan sudah tentu, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berada dalam kedudukan teratas dari segi itu mempunyai potensi menarik penaja kerana ‘fan base’ yang semakin meningkat,” katanya.






