SEBELUM ini, Pemangku Sultan Johor yang juga merupakan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan satu hint mengenai penglibatannya bersama skuad kebangsaan.
TMJ berkata yang bukan dirinya menyertai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seperti pernah dilakukannya sebelum ini, sebaliknya FAM akan menyertainya.
Kata-kata itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong? Adakah TMJ dan FAM akan kembali bergabung seperti sebelum ini yang menyaksikan Pemilik JDT itu menjadi presiden pada 2017?






