PADA Ahad, satu perbongkaran dibuat oleh individu tidak dikenali menerusi kiriman emel menjelang Kongres ke-60 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dalam surat tersebut, pelbagai perkara dikupas mengenai kemelut di sebalik persatuan berkenaan termasuklah isu salah laku Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman Rahman.
Susulan itu, badan induk itu mengalu-alukan sebarang siasatan dalaman berhubung dakwaan berlaku salah laku menerusi satu surat layang yang diedarkan kepada media oleh pihak yang menggelar diri mereka Ultras FAM,” lapor Stadium Astro.






