PRESIDEN Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin berpotensi kembali memegang jawatan tertinggi badan itu sekiranya jawatankuasa eksekutif (Exco) FAM meletakkan jawatan secara beramai-ramai.
Kemungkinan itu bergantung kepada keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung rayuan FAM terhadap sekatan yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan penggunaan dokumen palsu melibatkan tujuh pemain warisan.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi berkata, situasi tidak menentu ketika ini bermakna tiada sebarang senario boleh diketepikan, khususnya jika berlaku perubahan struktur di peringkat tertinggi organisasi.






