Sukan

FAM rehatkan pengadil kontroversi aksi Perak-JDT, hantar kertas pertuduhan terhadap Arif Aiman-Tommy Mawat

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengambil keputusan untuk merehatkan pengadil dan pengadil VAR (Video Assistant Referee) selepas kedua-dua mereka gagal membuat keputusan yang tepat pada perlawanan Liga Super 2024-2025, Perak FC menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Ahad lalu.

Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM berkata, Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil telah membuat analisa tentang insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84 yang melibatkan pemain JDT, Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.

“Analisa kedua-dua insiden tersebut dibuat berpandukan Undang-undang Permainan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan mendapati keputusan pengadil perlawanan dan Pengadil VAR adalah kurang tepat.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.