TUNKU Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan tindakan FIFA yang mengenakan hukuman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu melibatkan tujuh pemain warisan.
Dalam satu ciapan di laman X, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menyuarakan kesangsian bahawa tindakan itu diambil kerana terdapat unsur tangan entiti asing.
“FAM sudah ikut proses dan kerjasama dengan FIFA dan kerajaan, FIFA pun sudah luluskan sebelum ini, tetapi kenapa keputusan bertukar sekarang?






