ABDUL Halim Saad, bapa pemain bola sepak tanah air, Faisal Halim yang cedera parah selepas disimbah asid pada 5 mei lalu menegaskan anaknya tidak mempunyai musuh.
Menurutnya, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey itu seorang yang peramah dan tidak pernah bersembunyi mahupun lari daripada orang lain.
“Dia seperti saya. Kami suka membuat jenaka dan sebagainya, tetapi tidak pernah melakukan apa-apa untuk menyakiti sesiapa,” katanya.






