Sukan

Faisal Halim wajar diberi masa secukupnya untuk benar-benar pulih — MB Selangor

BINTANG Selangor FC, Faisal Halim wajar diberi masa yang secukupnya untuk benar-benar pulih sebelum kembali beraksi bersama Gergasi Merah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan, proses pemulihan Faisal bukan hanya membabitkan luka melecur tetapi turut mengenai psikologinya selepas melalui detik ngeri menjadi mangsa simbah asid.

Beliau memaklumkan, semua pihak perlu terus memberikan motivasi kepada Faisal dalam memastikan pemain berusia 26 tahun itu kembali pulih.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh