Sukan

Faisal Halim antara 27 nama dipanggil Peter Cklamovski barisi skuad Harimau Malaya

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan 27 senarai pemain Harimau Malaya menjelang perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 25 Mac.

Dalam senarai 27 pemain yang diumumkan itu, tiada nama bintang warisan baharu akan membuat kemunculan, sebaliknya beberapa tonggak berpengalaman dipanggil semua untuk membela nasib negara.

Mohamadou Sumareh dan Natxo Insa antara pemain campuran yang membuat kemunculan untuk membantu Harimau Malaya pada aksi menentang Nepal, selain kemunculan semula penyerang sensasi kebangsaan,Faisal Halim yang sebelum ini tersisih angkara kontroversi simbahan asid pada Mei 2024. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%