MALAYSIA akan bertemu Republik Krgyz dalam perlawanan pembukaan kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pertemuan yang dianggap penting oleh kedua-dua pasukan ini akan memberikan gambaran bagaimana perjalanan mereka dalam misi untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan.
Kali terakhir kedua-dua negara ini bertemu adalah pada 2018 di Stadium Hang Jebat, Melaka. Sejak itu, semuanya sudah berubah.





