Suria7

Sukan

Ex-Kedah, PDRM legakan Aidil Sharin persiap Kuching City

KETUA Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak menganggap kehadiran dua tonggak baharu iaitu James Okwuosa dan Rodney Celvin Akwensivie mampu memantapkan lagi barisan pertahanan pasukan kendaliannya itu pada musim baharu yang akan bermula Mei nanti, lapor MFL.

Aidil Sharin yang dilantik untuk mengemudi skuad The Cats pada Ogos lalu menerima tugasan mencabar untuk mengembalikan prestasi pasukan Kuching City FC yang dilihat merudum dalam aksi saingan Liga Super 2023 selepas menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-13.

Bolos sebanyak 64 gol pada musim lalu, Aidil mengakui kehadiran Okwuosa dari pasukan PDRM FC dan Rodney dari Kedah Darul Aman FC amat ditagih untuk mengecilkan jurang defisit gol pasukannya bagi musim baharu nanti.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%