Sukan

Enggan dilabel pelengkap jadual, Imigresen FC contohi ‘bulat-bulat’ DNA Perak FC ketika 3 tahun lepas

SELEPAS sepi tanpa sebarang perkhabaran, Imigresen FC akhirnya mengumumkan skuad lengkap bagi saingan Liga Super 2025/26 yang dibarisi campuran pemain muda dan berpengalaman.

Dalam sebuah majlis diadakan di Alor Setar, Kedah pada Rabu, pengumuman tersebut dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang kelihatan berkobar-kobar untuk memberi cabaran terbaik musim depan.

Ini kerana skuad The Mighty Tigers akan diketuai pengendali berkualiti, Yusri Che Lah sambil dibantu Pengarah Teknikal, Ahmad Shahrul Azhar dengan kedua-duanya pernah bekerjasama di Perak FC sebelum ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh