TERENGGANU FC perlu mengekalkan pertahanan yang kukuh untuk mengelak daripada membenarkan gol dijaringkan dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2024 yang menentukan nasib mereka menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu pada Sabtu.
Ketua Jurulatih Sang Penyu, Badrul Afzan Razali menggesa anak-anak buahnya untuk mempertahankan kelebihan dua gol yang mereka peroleh dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan pada 14 Disember lalu.
“Saya berharap Rahadiazli Rahalim dapat fokus dan bermain dengan baik. Kami tidak mahu membenarkan gol walaupun mempunyai kelebihan dua gol.