PEMAIN tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos sah meninggalkan Ho Chi Minh City FC selepas hanya semusim bersama kelab Vietnam itu menerusi pinjaman dan kini dikhabarkan bakal kembali mewarnai Liga Malaysia.
Memetik laporan media Vietnam VOV, pemain kelahiran Brazil itu antara empat pemain yang dilepaskan oleh Ho Chi Minh City selepas musim kurang memberangsangkan yang menyaksikan pasukan itu hanya menamatkan saingan di tangga ke-10 Liga V-League 2024/2025.
Tiga lagi pemain yang turut digugurkan ialah seorang lagi pemain import, Joao Pedro serta dua pemain tempatan, Nguyen Minh Trung dan Nguyen Thanh Thao.






