PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan 30 pemain untuk kem latihan pusat bagi skuad bawah 23 tahun (B-23) menjelang aksi Piala Asean B-23 2025 di Jakarta, Indonesia pada Julai.
Akan tetapi, sebelum panggilan rasmi dilakukan, FAM melakukan siri Elite Games melibatkan 30 pemain untuk menambat hati Nafuzi Zain.
Nafuzi yang berpuas hati dengan Elite Games itu berharap yang inisiatif itu akan diteruskan bagi memberi ruang lebih ramai pemain muda negara mendapat peluang.





