Sukan

Elak dimalukan ‘underdog’, Kedah sumbat 3 gol selepas 45 minit

KEDAH Darul Aman (KDA) FC tidak mengambil mudah dalam saingan Piala FA musim ini selepas mendahului kelab Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun FC selepas 45 minit beraksi.

Selepas 15 minit perlawanan, penyerang tuan rumah, Milos Gordic membuka jaringan setelah dia mengambil peluang daripada kekalutan dalam kotak penalti lawan.

Tidak lama selepas itu, pemain tengah skuad Sang Kenari, Amirul Hisyam Awang Kechik hadir meletakkan nama dalam senarai penjaring untuk gol pertamanya musim ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%