SKUAD kebangsaan telah mendarat di bumi Phnom Penh pada Jumaat (6 Disember) bagi menghadapi aksi pertama Kumpulan A Piala Mitsubishi Electric Asean 2024 (Piala AFF) menentang Kemboja di Stadium Olimpik pada Ahad (8 Disember).
Skuad Harimau Malaya bagi kejohanan kali ini tidak dapat membariskan pemain-pemain utama seperti Arif Aiman Hanapi, Dion Cools, La’Vere Corbin-Ong dan beberapa tonggak lain kerana kelab mereka akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Ketua jurulatih ‘interim’ Harimau Malaya, Pau Marti Vicente pula membawa rata-ratanya pemain muda untuk membawa cabaran negara sekurang-kurangnya melepasi peringkat Kumpulan A Piala AFF yang dihuni dengan lawan seperti Kemboja, Singapura, Thailand dan Timor-Leste.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





