Sukan

‘Dulu pemain bola sepak, kini tukang gunting rambut’, bekas bintang Perak FC, kelab Lembah Klang enggan lagi ‘pening kepala’ fikir masalah gaji tertunggak

SATU sesi potong rambut biasa telah menjadi titik permulaan kepada lembaran baharu dalam dunia keusahawanan buat pemain bola sepak, Sunil Chandran, yang kini lebih bersedia mengawal masa depannya baik di atas padang mahupun dalam kehidupan peribadi.

Dalam suasana bola sepak tempatan yang tidak menentu, dengan kontrak yang boleh berubah-ubah serta isu gaji yang sering berulang, pemain berusia 25 tahun itu, yang pernah beraksi bersama kelab Liga Super seperti Perak FC, Petaling Jaya City dan PKNS mengambil langkah awal untuk menjamin masa depannya.

Pemain sayap kiri itu kini bergelar usahawan selepas membuka sebuah kedai gunting rambut bernama Balrcutz yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya, Selangor bersama rakan baiknya, Sachin Samuel yang juga merupakan bekas pemain PKNS dan Kuala Lumpur.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh