DUA kelab Liga Perdana Singapura (SPL) iaitu Hougang United dan Tanjong Pagar United secara terbuka mengiklankan pencarian pemain untuk musim baharu.
Diiklankan secara dalam talian, kedua-dua kelab itu mahu mendapatkan pemain baharu dengan tawaran gaji sekitar SGD5,000 (RM16,500) bagi sesiapa yang berminat.
Dalam iklan tersebut, kedua-dua kelab menetapkan syarat pemain yang berminat haruslah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun beraksi dalam liga profesional.





